Subscribe:Posts Comments

You Are Here: Homefitnah , sandiwara , topnews � Nurul Izzah - Antara Penipuan Atau Kebenaran


 Seperti yang dijangkakan, Utusan dan Berita Harian akan menggunakan peluang yang sepenuhnya untuk memutarbelitkan fakta. Dengan pengalaman bertahun-tahun menjadi anjing Kerajaan Barisan Nasional, semangat kewartawanan kian luput ditelan wang. Mari kita bandingkan apa yang dilaporkan antara Utusan, Berita Harian dan Harakah.

Sunber: Utusan

KOTA BHARU 6 Nov. - Dewan Pemuda Pas hari ini ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.
Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.
“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim.
Sumber: Berita Harian
Tindakan Naib Presiden PKR boleh pesong fahaman umat Islam
Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa masyarakat Melayu tidak perlu dipaksa untuk menerima sebarang agama.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Azib Mohd Isa, berkata baginda menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam. 
“Islam adalah salah satu syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan. 
Amat bahaya
“Oleh itu, pemikiran liberalisme dan pluralisme ini amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Sumber: Harakah
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) menempelak akhbar Umno, Utusan Malaysia yang didakwa membuat laporan tidak benar berhubung kenyataannya.
Kenyataan itu katanya berhubung komentarnya dalam isu 'kebebasan beragama' yang dikaitkan dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Utusan melaporkan kononnya beliau telah menempelak Nurul Izzah dalam komentar tersebut.
"Utusan online melaporkan saya menempelak YB (Nurul Izzah). Sebenarnya tidak.
"Saya telah sebut dalam tweet saya semalam bahawa kita harus terima penjelasan beliau yang menafikan tafsiran media terhadap ucapannya," katanya dalam Facebook hari ini.
Menurut Nik Abduh, memang ucapan ringkas Nurul kelihatan mengelirukan, tetapi tafsirannya kemudian itu adalah penyelesaian dan jawaban.
"Ia tak macam orang kecam hukum hudud kaw kaw. Bila dikecam balik, dia kata, saya kecam hudud PAS, Itu tetap kecam hudud," tempelaknya.
Semalam juga, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan Nurul Izzah kerana ia dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia.
Katanya, ini kerana akhbar itu sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.
kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

Sekarang terpulang kat korang semua nak pilih sumber mana yang boleh dipercayai..

Nak percayakan sumber yang asyik kalah kes saman di Mahkamah boleh. Tak salah..

Nak percayakan sumber yang berpihakkan pembangkang pun boleh. Tak salah..

Bagi aku, aku lebih percayakan sumber berpihakkan pembangkang..

Kenapa? Takkan aku nak percaya media yang asyik kalah kena saman. Media yang terkenal dengan pemutarbelitan fakta..

Bukan ke lebih baik tengok sendiri video ucapan Nurul Izzah? Lagi berfaedah daripada mempercayai berita Utusan yang gila fakta salah..

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

Kita tunggu dan lihat je la ..

Nurul Izzah sudah memulakan usaha untuk memulihkan kembali imejnya yang tercemar dengan memulakan proses menyaman penyebar-penyebar fitnah tegar UMNO Barisan Nasional..

malu weii, nama je Melayu yang terkenal dengan adab sopan, beragama Islam pulak tu..

Ehhh, lupa.. Bukankah kisah-kisah pemimpin terdahulu terkenal dengan perangai buruk mereka..

Daripada kisah Singapura Dilanggar Todak, sehinggalah kisah Mahsuri..

Pemimpin terdahulu memang terkenal dengan sikap menindas golongan bawahan..

Nasib baik sekarang Melayu Totok dah banyak pupus.. Kalau tak, sampai bila-bila budaya "bersyukur" akan berterusan...

kahkahkah ......

sedutan daripada Google


0 comments

Post a Comment
This Blog Is powered by People Of Malaysia. -Contact Us -