Subscribe:Posts Comments

You Are Here: Homeekonomi , isusemasa , topnews � GAJI PEKERJA MALAYSIA BAKAL NAIK


KDNK dijangka lepasi 5.5 peratus

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Malaysia dijangka mampu melepasi unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak lima hingga 5.5 peratus tahun ini bersandar kepada pertumbuhan ekonomi mantap yang dicatat pada suku ketiga lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, ekonomi Malaysia hanya perlu berkembang sekitar 4.7 peratus pada suku keempat tahun ini bagi memastikan sasaran tersebut dicapai.

"Kami tidak melihat sebarang penurunan ataupun kelembapan ekonomi yang besar berlaku kepada Malaysia pada suku terakhir ini dan dengan itu saya yakin sasaran 5.0 hingga 5.5 peratus itu mampu dicapai malah tidak mustahil boleh melepasi sasaran tersebut.
"Saya yakin pertumbuhan ekonomi suku keempat tidak akan jatuh di bawah paras 4.7 peratus" katanya.

Jelas Nor Mohamed, bersandar kepada situasi terkini terutama pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), ekonomi Malaysia masih kukuh di sebalik ketidaktentuan ekonomi global.

Malah menurut beliau, eksport komoditi seperti minyak sawit turut menunjukkan peningkatan apabila berkembang 16 peratus dengan harga pasaran sekitar RM3,300 setan pada Oktober.

Prestasi ekonomi Malaysia yang diumumkan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Jumaat lalu memperlihatkan pertumbuhan suku ketiga lebih tinggi pada 5.8 peratus berbanding 4.3 peratus pada suku kedua berikutan permintaan domestik yang lebih kukuh.
Zeti berkata, permintaan kukuh itu dipacu oleh pengembangan dalam perbelanjaan isi rumah dan perniagaan serta perbelanjaan sektor awam yang lebih tinggi.

Permintaan domestik berkembang sebanyak sembilan peratus daripada 5.6 peratus pada suku kedua didorong oleh peningkatan dalam perbelanjaan sektor swasta dan perbelanjaan sektor awam yang lebih tinggi.

Malah beliau juga yakin permintaan domestik serta pelaburan kerajaan yang meneruskan momentum positif pada suku terakhir tahun ini dijangka mampu menyerap impak faktor luaran. UTUSAN

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

dah berapa tahun gaji tak naik-naik ...

takpe, sebagaimana semua sedia maklum, Kerajaan BN & UMNO hanya akan menjanjikan langit dan bumi sewaktu pilihan raya tiba ...

lepas tu, korang kena tunggu 3 - 4 pilihan raja baru ler permintaan korang akan dikabulkan ...

jap, jap, jap ... kembali kepada tajuk ...

hehehe, korang rasa, kalau ekonomi Malaysia semakin bagus, mesti KERAJAAN DAPAT BANYAK DUIT KAN???

BILA ADA BANYAK DUIT, MESTI KERAJAAN MAMPU MENAIKKAN GAJI KAN???

tapi, dah berapa kali kerajaan kata ekonomi kita sangat bagus berbanding negara-negara lain ...

ada ketikanya kata lebih bagus berbanding dengan NEGARA MAJU ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

takpe la, dah pilihan raya nanti, kalau ada orang hulur RM 50, amik jer...

Pangkah  simbol yang lain ...

tapi takpe jugak kalau korang nak tengok Malaysia bankrupt ???

hahaha ...









1 comments

  1. jika gaji pekerja bakal naik artinya kesejahteraan masyarakat malaysia makin terjamin donk

Post a Comment
This Blog Is powered by People Of Malaysia. -Contact Us -